登録して招待リンクを共有すると、動画再生報酬と紹介報酬を獲得できます。

Anwar Ibrahim
@anwaribrahim
Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾
参加 March 2007
11.9K フォロー中    2.4M ファン
Petang tadi saya menerima kunjungan hormat daripada pengasas, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Bitdeer Technologies Group (Bitdeer), Jihan Wu bersama delegasi. Bitdeer ialah syarikat teknologi yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan untuk kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur perlombongan Bitcoin. Syarikat yang beribu pejabat di Singapura dan tersenarai di Nasdaq ini turut menerima status Malaysia Digital. Dalam pertemuan ini, Bitdeer telah menyatakan hasrat untuk terus melabur di Malaysia kerana yakin dengan hala tuju dan dasar Kerajaan MADANI dalam transformasi digital. Mereka sedang memperhalusi cadangan pelaburan jangka panjang bagi membangunkan infrastruktur AI bertaraf dunia di negara kita. Saya tekankan bahawa pelaburan seperti ini perlu membuka peluang pekerjaan dan menyediakan latihan untuk membina kepakaran rakyat Malaysia, khususnya dalam bidang AI, kejuruteraan dan pengkomputeran termaju. Kerajaan MADANI akan terus memudah cara pelaburan strategik seperti ini agar pertumbuhan ekonomi digital turut memperkukuh industri tempatan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia. #MalaysiaMADANI# #YakinMADANI#
もっと見る